Victorian Community
Sistem Bersepadu Pengurusan Aktiviti dan Komuniti Sekolah yang direka sebagai nilai tambah kepada sistem sedia ada, bagi menyokong tadbir urus yang cekap, telus dan berteraskan data. Sistem ini juga jadi medium hebahan maklumat berkaitan sekolah.
Single Source of Truth
Penyatuan data pelajar, guru, ibu bapa dan alumni dalam satu ekosistem bersepadu bagi mengelakkan pertindihan dan ketidakselarasan.
Governance & Accountability
Menyokong tadbir urus sekolah, pasukan dan persatuan secara berstruktur dengan rekod yang sah, boleh diaudit dan berterusan.
Community Engagement
Memperkukuh hubungan sekolah dengan ibu bapa, PIBG dan alumni melalui penyertaan rasmi dan penglibatan berterusan.
Modul Sistem Pentadbir
Modul 1 – Data Teras & Peralihan Alumni
Pengurusan data rasmi pelajar, guru dan penjaga dengan peralihan automatik ke rekod alumni tanpa kehilangan sejarah.
Modul 2 – Kokurikulum & PAJSK
Pendaftaran aktiviti, rekod penyertaan dan pengiraan PAJSK secara konsisten dan automatik.
Modul 3 – Pasukan Sekolah
Tadbir urus pasukan sekolah termasuk pengurusan keahlian, pelantikan jurulatih serta kewangan pasukan.
Modul 4 – Sukan Tahunan & Rumah Sukan
Pengurusan Hari Sukan, perekodan keputusan dan pengiraan mata rumah sukan secara telus dan adil.
Modul 5 – Pengurusan PIBG
Pendaftaran ibu bapa, pengurusan keahlian PIBG dan ketelusan rekod kewangan serta aktiviti.
Modul 6 – Alumni
Pengurusan profil alumni, penglibatan aktiviti dan sumbangan sambil mengekalkan sejarah akademik institusi.